[VIDEO] Lelaki penggal kepala bapa, tanam belakang rumah

Tuesday, October 9, 2018

[VIDEO] Lelaki penggal kepala bapa, tanam belakang rumah



Video oleh SYEFRY MONIZ

Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kepala You Su Kim yang merupakan orang kurang upaya (OKU) ditemukan pada jarak 12 meter daripada anggota badan lain yang dibuang di dalam lubang pembentungan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, susulan penemuan tersebut, seorang lelaki berusia 52 tahun yang merupakan anak lelaki mangsa ditahan kerana dipercayai sebagai suspek utama kes tersebut.

Katanya, selepas soal siasat, suspek kemudiannya menunjukkan bahagian belakang rumah sebelum pihak polis mendapati terdapat kepala manusia yang telah dipotong.

"Suspek mengakui anggota badan bapanya yang lain telah dibuang ke dalam lubang pembentungan di belakang rumah mereka selain menunjukkan sebilah parang panjang yang digunakan untuk memotong mangsa.

"Kejadian ini dipercayai berlaku tengah malam tadi dan jiran mangsa 
memaklumkan ada mendengar pertengkaran dua beranak itu petang semalam.

"Siasatan terhadap suspek yang telah tiga bulan tidak bekerja itu mendapati  dia sering dimarahi bapanya kerana menghisap dadah dalam rumah," katanya.-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment