Surcaj kesesakan di Pelabuhan Labuan hanya sementara

Tuesday, October 9, 2018

Surcaj kesesakan di Pelabuhan Labuan hanya sementara

Surcaj kesesakan di Pelabuhan Labuan hanya sementara

LABUAN - Surcaj yang dikenakan syarikat perkapalan ke atas kontena ke dan dari Labuan akan dihapuskan apabila kesesakan di pelabuhan tersebut ditangani, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Beliau berkata, surcaj yang hanya bersifat sementara tersebut akan ditarik balik sebaik sahaja keadaan kembali normal berikutan pelbagai langkah yang diambil oleh Lembaga Pelabuhan Labuan.

Syarikat perkapalan mengeluarkan nasihat pelanggan pada 3 Oktober kepada pengeksport dan pengimport mengenai pelaksanaan surcaj kesesakan untuk semua penghantaran domestik dan antarabangsa, termasuk kontena syarikat tersebut sendiri.          

Surcaj dikenakan sebanyak RM2,500 untuk setiap 20 kaki kontena dan RM5,000 untuk setiap 40 kaki kontena.

Tetapi, Kamaruddin menegaskan bahawa kadar itu telah dirundingkan semula dengan syarikat perkapalan, oleh kementerian dan LPA, yang mengakibatkan surcaj dikurangkan dengan ketara kepada RM500 bagi setiap 20 kaki kontena dan RM1,000 bagi setiap 40 kaki kontena                        

"Syarikat  perkapalan ini mengenakan surcaj berkenaan untuk menampung kos caj berkaitan pelabuhan berikutan kesesakan di pelabuhan Labuan," katanya sambil menambah bahawa langkah-langkah akan dipercepatkan untuk memastikan surcaj itu tidak kekal lama.

Mengikut laporan harian tempatan hari ini, Dewan Perniagaan Cina Labuan mencadangkan kementerian atau LPA menyerap surcaj berkenaan.                  

Menyatakan bahawa bukan amalan kementerian untuk menyerap caj seperti itu, Kamaruddin berkata, penyelesaian yang lebih baik dan berkesan akan ambil.   "Kami kesal mengenai apa yang berlaku tetapi kami komited untuk menyelesaikan masalah ini," katanya. รข€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment