Polis rampas dadah bernilai lebih RM36,000

Tuesday, October 9, 2018

Polis rampas dadah bernilai lebih RM36,000

Polis rampas dadah bernilai lebih RM36,000

KUALA LUMPUR - Polis menahan dua individu serta merampas dadah bernilai lebih RM36,000 dalam dua kejadian berasingan di sekitar Cheras, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, dalam kejadian jam 10.30 malam itu, polis terpaksa mengejar sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang enggan berhenti untuk pemeriksaan di Lebuhraya Hubungan Timur menghala ke Petaling Jaya dan terus memecut laju ke arah Petaling Jaya di susur Taman Salak Jaya, Cheras.

Beliau berkata, bagaimanapun kereta dipandu suspek wanita berusia 29 tahun itu terbabas selepas melanggar tembok batu penghadang jalan di situ.

Katanya, susulan itu, polis menahan suspek dan pemeriksaan dibuat menemui satu beg kertas berisi plastik hijau tertera jenama teh hijau Tie Guan Yin.

"Kita temui dadah ketamin seberat 487 gram dalam plastik berkenaan dianggarkan bernilai RM32,000.

"Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek juga mendapati dia positif dadah ketamin dan memiliki satu rekod berkaitan dadah, "katanya.

Sementara itu, Mohamed Mokhsein berkata, dalam kes kedua, pihaknya menahan seorang buruh yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 di kawasan Jalan Chan Sow Lin, di sini kerana disyaki terlibat dengan kegiatan dadah.

Katanya, pemeriksaan menemui satu bungkusan plastik lut sinar dalam bakul motosikal suspek.  

"Terdapat tiga peket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah methamphetamine seberat 60 gram serta enam peket plastik lut sinar berisi dadah heroin seberat 6.92 gram.

"Kita anggarkan kedua-dua dadah itu bernilai RM4, 200," katanya memberitahu suspek lelaki itu juga positif dadah jenis THC.

Menurutnya, semakan mendapati suspek berusia 26 tahun itu turut memiliki rekod lampau di bawah Seksyen 39A (1) ADB 1952 - Tahun 2015.

Kedua-dua suspek kini direman enam hari bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment