Unimas sedia 10 hektar tanam 25,000 pokok

Saturday, October 6, 2018

Unimas sedia 10 hektar tanam 25,000 pokok

Unimas sedia 10 hektar tanam 25,000 pokok

KOTA SAMARAHAN - Satu program menanam pokok berlangsung di Kampus barat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) hari ini bagi menandakan pembangunaan Hutan Pendidikan Takasago-Unimas, yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut serta ialah Awang Tengah, yang juga Menteri Kedua Pembangunan Urban, Sumber Asli, Industi dan Pembangunan Usahawan Sarawak, pelajar Unimas, tenaga kerja universiti, wakil pihak berkuasa tempatan, serta wakil dari Jepun, Indonesia, Singapura dan Vietnam, yang menanam 600 anak pokok pada majlis  berkenaan.

Naib Canselor Unimas, Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dalam ucapannya pada majlis itu berkata, satu kawasan seluas 10 hektar disediakan bagi tujuan penanaman 25,000 pokok dari pelbagai spesis pokok tempatan yang disasar menjelang tahun 2023, dengan tujuan mewujudkan satu model contoh hutan terbaik bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan latihan, buat generasi muda.

Menteri Kaunselor, Kedutaan Jepun di Malaysia, Hiroyuki Orikasa pula dalam ucapannya pada majlis itu berkata usaha mengekalkan sumber asli bumi amat penting dalam usaha mengekang impak kesan perubahan iklim.

"Walaupun Jepun rakan dagang Malaysia terbesar bagi produk kayu, ia juga memberi tumpuan kepada pemuliharaan hutan hujan Malaysia,รข€ katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Jepun-Malaysia bekerjasama rapat dengan Malaysia bagi menyokong pemeliharaan hutan hujan sejak 1995, dan sejak tahun lepas persatuan itu menanam lebih 400,000 anak pokok di Malaysia. -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment