Dunia Islam kehilangan tokoh besar

Saturday, October 6, 2018

Dunia Islam kehilangan tokoh besar

Dunia Islam kehilangan tokoh besar

KUALA LUMPUR â€" Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail malam ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Tan Sri Hassan Azhari yang meninggal dunia akibat kanser limfoma petang tadi.

Dr Wan Azizah berkata, dunia Islam kehilangan seorang tokoh besar yang banyak berjasa terutama dalam bidang al-Quran.

“Takziah buat keluarga Tan Sri Hassan Azhari. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman. Dunia Islam kehilangan seorang tokoh besar yang banyak berjasa terutama dalam bidang al-Quran. Salam takziah @TSMusaHassan,” kata Dr Wan Azizah dalam tweetnya.

Turut menzahirkan ucapan takziah, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Ismail Bakar yang senada menyifatkan dunia Islam kehilangan seorang tokoh terbilang.

“Innalillahi wainnailaihi rajiuun. Salam takziah buat keluarga TS Hassan Azhari. Dunia Islam kehilangan seorang tokoh terbilang. Semoga Arwah ditempatkan di kalangan orang beriman & soleh,” katanya menerusi Twitter.

[ARTIKEL BERKAITAN: Hassan Azhari meninggal dunia]

[ARTIKEL BERKAITAN: ‘Permintaan akhir abuya nak sujud’]

Hassan, 90, meninggal dunia akibat kanser limfoma kira-kira 5 petang tadi di Hospital Kuala Lumpur.

Hassan adalah seorang tokoh yang terkenal dalam bidang tilawah al-Quran di negara ini, dan sering menganggotai panel hakim musabaqah al-Quran peringkat antarabangsa.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan esok di Makam Diraja Shah Alam di Persiaran Kayangan, Seksyen 5, Shah Alam, Selangor, atas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sementara itu, bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Twitter dan Facebooknya bersedih mendapat perkhabaran berita tokoh agama itu telah kembali ke rahmatullah.

Beliau menyifatkan allahyarham seorang tokoh Melayu yang banyak menyumbang dalam  memartabatkan Islam khususnya pengajaran al-Quran di negara ini.

“Sedih mendapat berita Tan Sri Hassan Azhari telah pulang ke rahmatullah. Takziah kepada keluarga allahyarham. Moga roh ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah,” katanya. -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment