Tiada tindakan terhadap Mohd Najib, kata Annuar

Monday, October 1, 2018

Tiada tindakan terhadap Mohd Najib, kata Annuar

Tiada tindakan terhadap Mohd Najib, kata Annuar

SHAH ALAM - Umno tidak akan mengambil tindakan terhadap Ketua Pemuda Umno Port Dickson, Mohd Najib Mohd Isa yang membantu bapanya berkempen dalam PRK kawasan itu.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tiada alasan Umno berbuat demikian memandangkan Mohd Najib hanya memberi sokongan kepada bapanya, Tan Sri Mohd Isa Samad secara peribadi.

"Tidak ada (tindakan), dia (bantu bapanya) atas (kapasiti) peribadi," katanya ringkas kepada Sinar Harian.

Mohd Najib merupakan anak sulung Mohd Isa yang bertanding atas tiket Bebas dalam PRK Port Dickson.

Mohd Isa yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang (kini Port Dickson), mengumumkan keluar parti kerana mahu bertanding sebagai calon Bebas selepas BN dan Umno membuat keputusan memboikot pilihan raya berkenaan.

[ARTIKEL BERKAITAN: 'Umno patut bantu saya bukan boikot']

Semalam, Mohd Isa berkata, Umno sepatutnya menyokong beliau kerana menentang musuh BN dalam PRK Port Dickson.

Menurutnya, desas-desus mengatakan Umno mungkin akan mengambil tindakan terhadap anaknya, Mohd Najib kerana membantu kempen beliau disifatkan hanya akan merugikan parti.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment