Pasti ramai yang tahu pelakon Fatin Afeefa yang pernah popular menerusi filem Tentang Bulan  mendirikan rumah tangga ketika berusia 19 tahun, namun perkahwinannya bersama pelakon Adam Shahz hanya mampu bertahan selama tiga tahun.

Baru-baru ini, Fatin berkongsikan gambar bersama anak sulungnya, Adam Aisy Arrian yang baru saja menyambut ulang tahun yang ke-6. Fatin turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan hadiah paling bermakna dalam hidup iaitu putera sulungnya.


BACA: Fatin Afeefa Makin Seksi Selepas Bergelar Janda?


Bagaimanapun, posting tersebut menjadi perhatian netizen yang mempersoalkan adakah anak sulungnya itu hasil dari perkahwinannya dengan bekas suami, Adam Shahz. Fatin menjawab persoalan tersebut dengan menyatakan bukan dari ‘lelaki’ tersebut.



Segala persoalan dari netizen dijawab tenang oleh Fatin yang menyatakan bahawa dia pernah berkahwin sebanyak dua kali, namun hanya perkahwinan keduanya sahaja yang dikongsikan kepada umum. Fatin juga mengatakan anak sulungnya itu adalah hasil dari perkahwinan pertamanya yang tidak pernah didedahkan.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Adam pernah mengejutkan netizen apabila mendedahkan anak sulung mereka itu merupakan anak angkat.