Budak terperangkap dalam mesin dobi
BUKIT SENTOSA - Seorang kanak-kanak bernasib baik apabila berjaya diselamatkan orang awam selepas terperangkap di dalam sebuah mesin dobi layan diri menerusi satu klip video yang tular di media sosial.
Dalam klip video berdurasi 2:46 saat tersebut, kelihatan sekumpulan kakitangan restoran berhampiran pusat dobi terbabit bersama orang awam sedang berusaha bagi mengeluarkan mangsa terlibat.
Malah, orang ramai yang membantu terpaksa memecahkan cermin kaca di mesin dobi terbabit bagi mengeluarkan kanak-kanak tersebut.
Menerusi Facebook pemilik pusat dobi berkenaan, Hazmal Hassan berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang membantu dan berharap agar kejadian tersebut dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada kakitangan restoran dan orang ramai yang membantu pecahkan kaca mesin dobi itu.
"Untuk ingatan semua, jangan sesekali bergurau macam ini. Keselamatan perlu diutamakan,"
tulisnya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, waris mangsa mangsa telah membuat laporan di Balai Bukit Sentosa berhubung kejadian yang menimpa kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun tersebut.
Menerusi siasatan awal, Bak Phai berkata waris mangsa terbabit telah membawanya ke pusat dobi berkenaan untuk mencuci pakaian sebelum dia didapati hilang secara tiba-tiba.
"Kanak-kanak itu didapati hilang secara tiba-tiba dan mendapati dia berada di mesin dobi itu. Malah pintunya juga turut terkunci secara automatik,"katanya.
Mengulas lanjut, Bak Phai berkata mangsa terkurung di dalam mesin dobi terbabit selama 20 minit sebelum berjaya diselamatkan oleh polis dan orang awam.
"Mangsa berjaya dikeluarkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment