Beberapa hari lalu, sebuah portal hiburan mendedahkan menerima kiriman email daripada seorang ejen produk MRP Sup DIET & Berrytox dibawah syarikat MRP International SDN BHD milik pelakon Fattah Amin, mendakwa ejen-ejen sudah banyak melaburkan wang tetapi produk tidak dapat dijual kerana Fattah dikatakan tidak lagi rancak mempromosikan produknya itu seperti sebelum ini.

Tampil menjelaskan mengenai isu berkenaan, Fattah akui terkejut dan menafikan tuduhan tersebut. Fattah memberitahu, dia tidak akan menipu peminatnya dan dalam usaha mencari jalan penyelesaian berhubung isu berkenaan


BACA: Fattah Amin Tipu Duit Agen Produk Sendiri?


“Saya terkejut dengan tuduhan ini. Saya tidak akan menipu peminat dan penyokong saya dengan mempromosikan sesuatu yang saya sendiri tidak percaya.

“Saya sedang bekerjasama dengan Universal Music untuk menyelesaikan masalah ini. Sebarang kenyataan rasmi tentang isu ini, akan saya berikan melalui pihak pengurusan,” katanya kepada mStar Online..



Dalam masa sama, pihak pengurusan Fattah bersama peguam akan memantau dan dan menyelesaikan isu berkenaan dan beberapa pelanggan lain yang pernah menandatangani kontrak dengan bekas pihak pengurusan Fattah sebelum ini.

Terdahulu, pengirim tersebut memberitahu tidak mahu memanjangkan isu berkenaan tetapi mendakwa pihak Fattah bersikap lepas tangan dan membiarkan ejen menanggung kerugian, maka terpaksa dibawakan isu ini kepada pihak media.