Penahanan pegawai kesan dalang cemar nama Imigresen
PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Mustafar Ali bersyukur terhadap penahanan enam pegawainya yang bertugas di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) yang disyaki terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat mengesan dalang merosakkan nama jabatan itu.
"Walaupun dukacita, alhamdulillah kita dapat mengesan dalang yg merosakkan nama baik Imigresen" katanya.
Menurutnya, Jabatan Imigresen akan memastikan mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman seberatnya.
"Tindakan tetap ambil tindakan terhadap pihak dalam dan luar yang terlibat," katanya.
Beliau berkata, risikan bersama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa lain akan diteruskan.
"Jangan ada seorang pun melakukannya. Saya tidak berselindung dengan Cawangan Khas," katanya.
Jumaat lalu, SPRM menahan enam pegawai Imigresen yang bertugas di pintu masuk negara kerana didakwa terlibat rasuah dan salah guna kuasa.
Dalam serbuan menerusi operasi di KLIA itu, seorang ajen turut ditahan selepas dipercayai bersubahat dengan pegawai imigresen.
Kesemua suspek dipercayai membantu kira-kira 15 sindiket penyeludupan bagi membolehkan warga asing dan rakyat tempatan yang disenaraihitam, termasuk penjenayah untuk keluar dan masuk menerusi KLIA dan beberapa lapangan terbang lain di negara ini.
Setakat ini, 200 orang yang kebanyakannya mempunyai rekod dan latar belakang meragukan, menyeludup masuk ke negara ini setiap bulan, dengan bantuan sindiket itu.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment