Makanan rahsia kekal bertenaga

Monday, October 1, 2018

Makanan rahsia kekal bertenaga



APA rahsia calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekal bertenaga sepanjang tempoh berkempen?

“Saya makan jamu Nyonya Meneer,” katanya dalam nada berseloroh ketika ditanya wartawan semalam.

Anwar, 70, yang tidak mahu jenakanya itu diterima bulat-bulat kemudiannya menambah, amalan pemakanan sihat penting baginya memastikan kecergasan untuk memenuhi semua program diatur.

“Saya hanya ambil makanan sihat supaya saya mempunyai tenaga mencukupi memenuhi komitmen harian.

“Semua orang tahu saya ada masalah pada bahagian bahu kanan. Alhamdulillah, ia semakin pulih. Selain itu, saya hanya kurang tidur,” katanya ditemui di Bilik Gerakan Utama Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson semalam.

Sejak mula berkempen, Anwar berkata, beliau tidur kira-kira jam 1 pagi dan bangun jam 5.30 pagi.

Walaupun jadualnya padat, Anwar mengakui jadual harian yang diatur untuknya jauh lebih sedikit berbanding dulu.

“Saya pernah ada lebih banyak program sebelum ini dan sudah mengadu kepada jentera PH mengenai perkara ini,” katanya sambil ketawa.

Anwar turut memberi jaminan akan menjaga kesihatan untuk memastikan sentiasa bersemangat menghadapi PRK ini.

Terdahulu, Anwar bersarapan dan bertemu dengan penduduk setempat di tiga kedai makan sekitar daerah ini bagi memenuhi aktiviti kempennya.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment