Siasatan menyeluruh kenal pasti punca tragedi: JBPM

Thursday, October 4, 2018

Siasatan menyeluruh kenal pasti punca tragedi: JBPM

Siasatan menyeluruh kenal pasti punca tragedi: JBPM

MARANG - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca tragedi yang mengorbankan enam anggota  Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA) JBPM di Puchong, Selangor malam semalam.

Timbalan Ketua Pengarahnya,  Datuk Soiman Jahid berkata, siasatan itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.

Menurutnya, kesemua enam yang terkorban tersebut adalah penyelam yang mendapat  pengiktirafan  pelbagai agensi penyelamatan di air dan kejadian adalah suatu di luar jangka.

"Pihak anggota melihat kemungkinan-kemungkinan yang berlaku dan mengendalikannya dengan betul. Dalam masa penyelamatan itu, keadaan arus (air) berubah dan menyebabkan teknik dan taktik kurang sesuai kerana arus yang deras dan sebagainya,รข€ katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Kecekapan Operasi Kebombaan Peringkat Kebangsaan ke-20 di Akademi Bomba Malaysia Wakaf Tapai di sini hari ini.

Mengulas pelbagai dakwaan yang dimuat naik menerusi laman sosial, beliau berkata JBPM bersedia menerima pandangan orang ramai untuk membaiki kelemahan namun berasa sedih kerana ada yang mencerca dan memandang rendah tugas JBPM.

Dalam kejadian di Taman Putra Perdana, Puchong malam semalam, enam anggota PPDA iaitu Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25;  Yahya Ali, 24;   Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25  lemas ketika operasi  mengesan  seorang remaja yang hilang di lombong tinggal itu.

Mengenai kebajikan anggota yang terkorban itu, Soiman berkata di bawah Tabung Amanah Asperasia, waris anggota yang meninggal dunia semasa bertugas berhak mendapat 36 bulan gaji bayaran yang telah ditetapkan.

Di samping itu, waris  juga akan menerima pampasan insurans  kerajaan  selain  pampasan  insurans daripada koperasi bagi anggota yang menyertai koperasi bomba dan penyelamat," katanya. -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment