RUU mansuh hukuman mati dibentang di Dewan Rakyat

Wednesday, October 10, 2018

RUU mansuh hukuman mati dibentang di Dewan Rakyat

RUU mansuh hukuman mati dibentang di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR - Rang undang-undang pemansuhan hukuman mati mandatori dijangka akan dibentangkan dalam sidang Dewan Rakyat bermula Isnin ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, ketika ini, proses kajian hukuman itu berada di peringkat akhir sebelum dibentang kepada Kabinet, seterusnya dibawa ke Parlimen.

Katanya, kajian itu dilakukan Jabatan Peguam Negara susulan hasrat kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori mengikut standard antarabangsa berkaitan hak asasi manusia.

"Kajian ini sudah dalam peringkat akhir dan saya yakin sekiranya sempat, kita akan bentangkan rang undang-undang ini pada hujung tahun ini untuk dimansuhkan atau tidak.

"Ini adalah perkembangan penting bagi negara. Saya sebenarnya berharap ianya akan mendapat kelulusan supaya rang undang-undang pemansuhan dapat segera dibentangkan pada sidang kali ini di Parlimen," katanya dipetik menerusi portal berita MalaysiaGazette pada sesi 'Law reform Talk' di Universiti Malaya, hari ini.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment