Dua warga emas terperangkap dalam kereta ketika banjir

Wednesday, October 10, 2018

Dua warga emas terperangkap dalam kereta ketika banjir

Dua warga emas terperangkap dalam kereta ketika banjir

JOHOR BAHRU â€" Dua warga emas wanita berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki terperangkap dalam banjir kilat di Taman Sentosa berhampiran sebuah bank di sini, hari ini, ekoran hujan lebat sejak pukul 3 petang tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Pegawai Bomba Kanan II Zaid Iskandar Mohd Nor berkata, namun kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan kepada Nuriah Abdullah, 85, dan rakannya, Juliette Lai, 75.

“Bomba terima laporan mengenai kejadian pada jam 4 petang dan menghantar sebuah jentera bersama 11 anggota ke lokasi kejadian.

“Kita berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa setengah jam kemudian. Sebaik tiba, didapati terdapat dua wanita warga emas berada dalam kenderaan berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Johor Bahru, Leftenan Mohd Aziz Jupri berkata, banjir kilat itu berlaku di lima kawasan di daerah ini.

“Kawasan terjejas adalah Kampung Hajah Hasnah, Kampung Bendahara, Kampung Mohd Amin dan Jalan Kijang dan setakat ini, sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Nong Chik namun jumlah mangsa terlibat belum dapat disahkan,” katanya.

Menurutnya, hujan turut mengakibatkan hakisan tanah di dua tapak asrama Rumah Seri Kenangan Johor Bahru di Jalan Ithnin, Kampung Ungku Mohsin serta peningkatan paras air Sungai Tebrau.

“Asrama terlibat adalah Asrama Anggerik yang menempatkan 112 penghuni perempuan dan Asrama Kenangan melibatkan 56 penghuni lelaki. Mereka akan dipindahkan ke blok bangunan lain sementara Jabatan Kerja Raya melakukan penilaian kerosakan,” katanya.

“Buat masa ini, APM akan terus memantau keadaan banjir ini. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment