Raja Muda Perlis, mufti Istabul bincang isu umat Islam

Monday, October 1, 2018

Raja Muda Perlis, mufti Istabul bincang isu umat Islam

Raja Muda Perlis, mufti Istabul bincang isu umat Islam

ISTANBUL - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini berkenan mengadakan perjumpaan dengan Mufti Besar Istanbul Prof Dr Hasan Kamil Yilmaz di pejabat mufti itu di sini.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), disertai Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Mohd Asri berkata antara perkara penting dibincangkan adalah menyentuh fatwa-fatwa yang ‘mengganggu’ umat Islam pada zaman ini.

“Jabatan Mufti Perlis sendiri melihat terdapat keperluan dalam menghadapi isu-isu semasa terutama pegangan umat Islam yang berbeza mengikut mazhab.

“Inilah antara sebab kita perlu menghormati ilmuan,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Mengenai sistem pengurusan masjid, Mohd Asri berkata Perlis dan Turki mempunyai sistem hampir sama namun banyak perkara yang boleh dipelajari Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin turut menunaikan solat  Zohor dan Asar di Masjid Sulemania yang terletak dekat Selat Bosphorus.

Baginda juga mengambil kesempatan untuk menyampaikan sumbangan MAIPs kepada masjid berkenaan yang diwakili imamnya, Ayhan Mansiz. -Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment