Keluar parti: Boleh saman jika ada perjanjian

Monday, October 1, 2018

Keluar parti: Boleh saman jika ada perjanjian

Keluar parti: Boleh saman jika ada perjanjian

PUTRAJAYA - Tindakan saman Umno ke atas ahli parlimen dan Adun Umno yang keluar parti boleh dibuat sekiranya ada surat perjanjian antara kedua-dua pihak (Umno dan calon) sebelum pilihan raya.

Professor Madya Jabatan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Muhammad Fuad Othman berkata, tindakan saman boleh diambil jika ahli Parlimen dan Adun ada menandatangani surat perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun menurutnya isi kandungan surat perjanjian itu juga perlu diteliti sama ada memang wujud persetujuan untuk parti itu mengambil tindakan undang-undang sekiranya calon mereka melanggar perjanjian.

"Namun jika tidak wujud perjanjian sebelum pilihan raya itu berlangsung, maka tidak menjadi satu kesalahan bagi calon tersebut keluar parti.

Tiada basis untuk Umno kemukakan saman,"katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Fuad menyifatkan tindakan saman yang dibuat Umno seperti yang dinyatakan presiden parti itu kelmarin bertujuan membendung trend ahli yang berhormat mereka lari meninggalkan parti berkenaan.

"Jadi untuk membendung ahli yang berhormat mereka lari, maka mereka mengambil jalan undang-undang untuk menyekat perkara ini berleluasa.

Mungkin mereka ada bayangan lebih banyak lagi ahli parlimen dan Adun mereka nak meninggalkan parti,"ujarnya.

Namun kata beliau oleh kerana tindakan undang-undang sedang dilakukan, mungkin memang wujud perjanjian antara calon berkenaan dengan Umno.

"Trend melompat parti bukan sesuatu yang pelik malah ia merupakan fenomena biasa di Malaysia,"katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment