Pas setuju kursus BM untuk ahli Parlimen
SHAH ALAM - Pas menyokong usaha Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan kursus Bahasa Melayu untuk ahli Parlimen, Januari tahun depan.
Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata usaha yang baik seumpama ini perlu disokong.
รขUsaha ini cukup baik yang kita perlu setuju kerana perbahasan di Dewan Rakyat menggunakan bahasa Melayu.
"Jadi di sini perlunya guna tatabahasa dan sebutan yang betul ketika berbahas," katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, amat memalukan sekiranya Bahasa Melayu itu tidak dapat digunakan dengan betul oleh ahli-ahli Parlimen.
"Parlimen tempat buat dasar jadi amat malulah kalau kata-kata digunakan ahli Parlimen sendiri tidak betul.
"Saya hairan juga, kita dah duduk Malaysia tapi Bahasa Melayu kita masih begitu," katanya.
Jelasnya lagi, tidak ada salahnya jika mana-mana pihak mahu mempelajari bahasa lain namun pesannya, jangan dilupa bahawa Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan bahasa perpaduan.
Katanta lagi, ahli-ahli Parlimen tidak sepatutnya mengambil mudah perkara ini.
"Jangan pandang remeh soal bahasa. Kalau tengok di Parlimen, sama saja dulu dengan sekarang.
"Tak ada perubahan dari segi penguasaan bahasa mereka (ahli Parlimen)," katanya.
sumber: sinarharian
0 comments:
Post a Comment