Bayi lelaki ditemui di anjung rumah

Monday, October 1, 2018

Bayi lelaki ditemui di anjung rumah

Bayi lelaki ditemui di anjung rumah

KUALA LUMPUR - Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan di perkarangan sebuah rumah di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata kejadian itu disedari penghuni rumah berkenaan ketika keluar dari rumah pada kira-kira pukul 6 pagi.

“Bayi itu diletakkan di atas kerusi yang berada di anjung rumah dalam keadaan berbalut dengan kain tuala dan terdapat kesan darah,” katanya dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata bayi berkenaan telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti motif bayi itu ditinggalkan di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dengan niat membuang bayi. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment