Najib mahu Bersih adil

Monday, October 1, 2018

Najib mahu Bersih adil

Najib mahu Bersih adil

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan Bersih agar mengambil peluang sedia ada, bagi membuktikan bahawa NGO itu benar-benar adil.

Katanya, Bersih kini mempunyai peluang terbaik bagi memastikan NGO itu tidak memihak kepada mana-mana parti.

Jelasnya, Bersih pernah membuat laporan polis ke atasnya berhubung dakwaan bahawa beliau telah melanggar akta pilihan raya pada PRK Sungai Kandis lalu,maka beliau juga mahu mengetahui sama ada Bersih berbuat perkara sama terhadap parti lain.

"Saya juga mahu tahu jika Bersih telah membuat laporan-laporan polis yang sama terhadap PKR dan calon Sungai Kandis yang Bersih sendiri pernah mendakwa telah melakukan kesalahan yang agaknya teruk semasa PRK itu.

"Ini merupakan peluang baik untuk NGO dan pihak kerajaan untuk membuktikan bahawa mereka berlaku secara adil dan tidak berat sebelah," katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata berhubung dakwaan salah laku beliau dalam PRK Sungai Kandis, katanya beliau akan bertanggungjawab.

"Pihak polis dilaporkan akan memanggil saya untuk memberi kenyataan kepada mereka tidak lama lagi dan saya sedia memberi kerjasama penuh," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment