Operasi SAR ditangguhkan

Wednesday, October 3, 2018

Operasi SAR ditangguhkan

Operasi SAR ditangguhkan

PUCHONG - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dipercayai lemas di lombong Taman Putra Perdana semalam dihentikan sementara susulan hujan lebat di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata operasi itu ditangguhkan berikutan Pasukan Penyelam Polis Marin tidak mahu mengambil sebarang risiko bagi menjalankan kerja menyelamat sewaktu hujan.

"Selepas kejadian semalam, kita tak mahu lagi inisiden sama berulang dan pasukan penyelamat akan memastikan lokasi selamat sebelum memulakan operasi.

"Memandangkan cuaca hujan lebat, kita terpaksa tangguh dulu operasi sementara waktu,"katanya.

Operasi pencarian remaja terbabit diteruskan semula jam 8 pagi tadi melalui permukaan di bahagian tebing sepanjang 40 meter.

Dalam pada itu, Komander operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor (Zon 5), Izman Adnan berkata pihaknya memulakan pencarian pada pagi tadi melalui permukaan di bahagian tebing sepanjang 40 meter.

"Operasi ini melibatkan seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bersama bantuan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM).

"Di samping itu, kami juga dibantu 12 pegawai dan anggota Polis Marin dan pasukan perubatan dari Hospital Putrajaya,รข€ katanya.

Mengulas lanjut, Izman berkata arus yang deras di lokasi berkenaan menyebabkan operasi SAR berdepan kesulitan.

Beliau berkata, pihaknya juga menjalankan pencarian berdasarkan petunjuk daripada rakan mangsa bagi mengenal pasti lokasi terakhir dia hilang.

"Buat masa ini, arus masih deras dan kami juga sedang menilai sama ada selamat untuk melakukan pencarian melalui selaman,"katanya.

Berdasarkan maklumat awal, Izman berkata mangsa dipercayai terjatuh selepas tergelincir ketika mahu melihat dua rakannya berusia 17 tahun memancing di lokasi kejadian.

Operasi SAR semalam terpaksa dihentikan susulan daripada kejadian lemas melibatkan enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) ketika melakukan pencarian mangsa terlibat kira-kira jam 9 malam tadi.

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/tragedi/remaja-hilang-selepas-jatuh-lombong-1.887247]

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/mobile/tragedi/mangsa-bergelut-di-kawasan-pusaran-air-1.887297]

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/tragedi/enam-anggota-bomba-lemas-di-lombong-1.887288]

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/tragedi/suasana-hiba-di-hospital-serdang-1.887293]

[ARTIKEL BERKAITAN: http://www.sinarharian.com.my/mobile/tragedi/saya-dah-pesan-jangan-pergi-lombong-1.887300]
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment