Ibu tetap bangga dengan Joe

Wednesday, October 3, 2018

Ibu tetap bangga dengan Joe

Ibu tetap bangga dengan Joe

PASIR MAS - Pemergian anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),  Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25, yang maut ketika operasi menyelamat di lombong Taman Putra Perdana, Selangor malam tadi amat dirasai seluruh keluarganya.

Ibunya, Wan Kamilah Wan Yaacob, 53, berkata, meskipun sedih namun mereka sekeluarga tetap berbangga dengan pengorbanan anak bongsunya itu yang sanggup bergadai nyawa menyelamatkan orang lain.

"Arwah minat dengan bomba sejak kecil lagi. Sebagai ibu, saya reda dengan apa yang berlaku dan menerima ini sebagai satu ketentuan dari ALLAH," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Kubang Terap, di sini hari ini.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Muhammad Hifdzul Malik atau lebih mesra dengan panggilan Joe pada Selasa lalu.

Katanya, Joe seorang anak yang baik, peramah dan sering mengambil berat soal keluarga.

"Sekiranya ada cuti, dia akan temankan saya untuk ke hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan," katanya.

Selain Muhammad Hifdzul Malik, turut maut dalam operasi menyelamat seorang remaja yang dipercayai terjatuh dalam lombong itu ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Adnan Othman, 33, Izzatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan Omar Baki, 25, dan Yahya Ali, 24.

[ARTIKEL BERKAITAN: Remaja hilang selepas jatuh lombong]

[ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa bergelut di kawasan pusaran air]

[ARTIKEL BERKAITAN: Enam anggota bomba lemas di lombong]

[ARTIKEL BERKAITAN: Suasana hiba di Hospital Serdang]

[ARTIKEL BERKAITAN: Saya dah pesan jangan pergi lombong]



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment