MIFF 2018 bawa Mersing ke pentas dunia

Saturday, October 6, 2018

MIFF 2018 bawa Mersing ke pentas dunia

MIFF 2018 bawa Mersing ke pentas dunia

MERSING - Penganjuran Mersing International Fly Festival (MIFF) 2018 berjaya menaikkan nama Mersing dan Johor di pentas dunia apabila seramai 34 peserta dari 17 negara serata dunia menyertai festival itu pada kali ini.

Exco Pelancongan Johor, Liow Cai Tung berkata, penganjuran festival berkenaan secara tidak langsung dapat memperkenalkan tempat-tempat menarik yang ada di Mersing, termasuk pembangunan yang sedang berlaku.

“Festival ini juga bukan sahaja pamerkan hasil seni dan kreativiti peserta dari seluruh pelosok negara tetapi dunia melalui pelbagai bentuk layang-layang yang menghiasi persisiran pantai bandar Mersing.

“Tetapi melaluinya juga kita dapat pelihara keagungan warisan negara dengan memperkenalkan permainan tradisional kepada masyarakat dunia,” katanya ketika berucap merasmikan MIFF 2018 di pantai Bandar Mersing, semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Mersing, Asman Shah Abdul Rahman; Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norazmi Amir Hamzah dan Adun Endau, Alwiyah Talib.

Cai Tung berkata, festival berlangsung selama empat hari itu juga dapat melahirkan kesinambungan warisan melalui penglibatan generasi muda.

Malah, beliau berkata, MIFF 2018 juga memberi peluang kepada pelajar sekolah dan kakitangan awam untuk terlibat dalam aktiviti peringkat antarabangsa ini.

“Selain itu, kita juga buka peluang kepada peniaga melalui kedai jualan, di sini, sekali gus meningkatkan ekonomi penduduk Mersing.

“Kita harap festival ini akan terus mendapat sambutan menggalakkan agar sektor pelancongan di Mersing terus dapat dipergiat,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment