Malaysia Airlines tawar program MHexplorer untuk penuntut

Tuesday, October 9, 2018

Malaysia Airlines tawar program MHexplorer untuk penuntut

Malaysia Airlines tawar program MHexplorer untuk penuntut

MALAYSIA Airlines menjadi syarikat penerbangan pertama dunia yang menawarkan program perjalanan digital sepenuhnya untuk penuntut â€" MHexplorer yang memudahkan golongan itu mengurus serta merancang perjalanan sendiri.

Menerusi program itu, mereka dapat menikmati diskaun tambang perjalanan sehingga 20 peratus bagi tempoh sepanjang tahun dengan tambahan elaun bagasi 10 kilogram untuk semua kelas penerbangan, satu perubahan tarikh perjalanan secara percuma, promosi kawan istimewa serta keluarga selain faedah 'Enrich miles.'

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Hasil Kumpulannya, Ignatius Ong berkata setakat ini, seramai 1.2 juta belia dan penuntut menggunakan khidmat Malaysia Airlines.

"Angka ini terus meningkat dan atas dasar ini, dirasakan sesuai untuk kami menawarkan program khusus untuk golongan ini bagi memenuhi keperluan perjalanan mereka. Mereka boleh menikmati manfaat yang kami tawarkan menerusi MHexplorer ini tidak kiralah sama ada perjalanan itu bagi tujuan santai atau untuk pendidikan mereka," katanya.

Menurutnya, pada masa ini, MHexplorer disediakan untuk perjalanan dalam Malaysia, Australia dan United Kingdom sebelum diperluaskan ke pasaran lain.

Penuntut berusia 18 hingga  26 tahun boleh mendaftar bagi program MHexplorer di   www.malaysiaairlines.com/MHexplorer. â€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment