Jentera PH guna 'Robocall'

Tuesday, October 9, 2018

Jentera PH guna 'Robocall'

Jentera PH guna 'Robocall'

PORT DICKSON - Kempen jentera PH telah mengambil inisiatif menggunakan panggilan automatik atau 'robocall' untuk pengundi di Parlimen Port Dickson.

Ketua Pemuda PH, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata panggilan ini memaparkan suara calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan sasaran untuk memujuk pengundi turun mengundi.

Menurutnya, malah jentera kempen juga turut melancarkan video yang menampilkan beberapa pemimpin PH yang dimuat naik di media sosial.

"Ini adalah peluang bagi memastikan Anwar berada di Parlimen dan calon bakal perdana menteri dari PH serta merupakan satu penghormatan besar bagi warga Port Dickson.

"Kami berharap anak muda turun mengundi dan memberi jumlah undi yang selesa untuk Anwar pada 13 Oktober ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, berdasarkan data terkini bagi pengundi  yang berada di luar Negeri Sembilan adalah seramai 4,936 orang yang mana jumlah terbesarnya adalah di Selangor iaitu 1,915 orang.

Katanya, kemudian diikuti di Johor (762 pengundi), Melaka (589 pengundi) dan Kuala Lumpur (566 pengundi).

"Bagi yang tinggal di Negeri Sembilan tapi luar dari Port Dickson iaitu Seremban pula seramai 5,389 orang," katanya.

Secara keseluruhannya, pengundi yang tidak tinggal di Port Dickson adalah seramai 11,0070 orang dan jumlah ini tidak termasuk mereka yang tinggal di Singapura. Ini adalah data bagi mereka yang tinggal di luar Port Dickson dan Negeri Sembilan sahaja," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment