Kerajaan Selangor beri zakat bomba terkorban

Thursday, October 4, 2018

Kerajaan Selangor beri zakat bomba terkorban

Kerajaan Selangor beri zakat bomba terkorban

KOTA BHARU â€" Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengumumkan kerajaan negeri akan mengusahakan pemberian zakat kepada keluarga enam anggota Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam tragedi menyelamat mangsa lemas di Puchong, semalam.

Menurutnya, sumbangan tersebut adalah melalui kerajaan negeri dan Lembaga Zakat Selangor.

“Kita akan cuba usahakan zakat kepada keluarga-keluarga mangsa  terbabit. Insya-Allah, dalam jangka masa terdekat. Ia merupakan tanda penghargaan kepada mereka. Sekurang-kurangnya boleh mengurangkan sedikit kesedihan mereka (keluarga),”katanya kepada media di sini.

Beliau ditemui selepas mengiringi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di majlis pertemuan bersama kepimpinan PKR Kelantan di Hotel Emaslink di sini.

Sebelum ini, kerajaan Selangor telah mengumumkan akan menyumbangkan RM20,000 kepada keluarga setiap mangsa bagi menghargai jasa anggota bomba yang terkorban.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment