Azeez Rahim, abang tiba di mahkamah

Thursday, October 4, 2018

Azeez Rahim, abang tiba di mahkamah

Azeez Rahim, abang tiba di mahkamah

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka.

Kedua-duanya tiba jam 9.20 pagi diiringi oleh pegawai SPRM.

Abdul Azeez dan abangnya berada dalam tahanan SPRM sejak 10 hari lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan jutaan ringgit.

Sebahagian penyokong Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim hadir beri sokongan kepada pemimpin itu.

Penahanan itu menyaksikan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu tidak dapat menghadiri Perhimpunan Agong Umno yang berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat lepas.

Terdahulu, 100 penyokong Abdul Azeez memakai baju jingga yang tertulis #UmnoBaling #Pray4Azeez hadir bagi memberi sokongan terhadapnya.

Mereka hadir dengan menaiki tiga bas bertolak jam 10 malam dan tiba jam 5.30 pagi.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment