Adik Nawaz Sharif ditahan kes rasuah

Saturday, October 6, 2018

Adik Nawaz Sharif ditahan kes rasuah

Adik Nawaz Sharif ditahan kes rasuah

LAHORE - PAKISTAN. Pemimpin pembangkang Pakistan, Shehbaz Sharif diarah menjalani hukuman penjara selama 10 hari, bermula hari ini selepas ditahan dalam satu kes rasuah.

Perintah itu bermakna adik kepada bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif itu terlepas peluang untuk berkempen mewakili parti  Liga Muslim Pakistan (PML-N) menjelang pilihan raya kecil minggu depan.

Penahanan Sharif oleh ejen Biro Tanggungjawab Nasional (NAB) semalam mempunyai kaitan dengan kes rasuah membabitkan skim perumahan kos rendah ketika beliau berkhidmat sebagai Ketua Menteri wilayah Punjab.

Mahkamah NAB diberitahu bahawa Sharif pada tahun 2014 secara haram telah membatalkan kontrak dengan sebuah syarikat pemaju dan memberikannya kepada syarikat lain selepas menerima rasuah.

Mahkamah mengarahkan beliau ditahan selama 10 hari untuk soal siasat, kata peguamnya, Azam Nazir Tarar.

Ratusan penyokong parti PML-N berhimpun di luar mahkamah dan melaungkan slogan menyokong ketua mereka sambil dikawal ketat polis bertugas.

Sharif menafikan sebarang salah laku manakala abangnya, Nawaz  yang dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun awal tahun ini oleh mahkamah anti rasuah selepas disingkirkan dari tampuk pemerintahan, menyifatkan tuduhan rasuah ke atas beliau sebagai bermotifkan politik. - Reuters



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment