Warga bomba solatkan jenazah enam rakan mereka

Wednesday, October 3, 2018

Warga bomba solatkan jenazah enam rakan mereka


Solat jenazah itu disertai kira-kira 100 rakan sejawatan mereka dalam pasukan bomba selain orang awam.

Yang turut hadir Timbalan Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Mohamad Mentek serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Mohd. Hamdan Wahid.

Terdahulu, kesemua jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Serdang sebelum tiba di Balai Bomba Shah Alam kira-kira pukul 8.40 pagi.

Mereka adalah Mohd. Fatah Hashim,34, Izatul Akma Wan Ibrahim, 32, Mazlan  Omarbaki, 25, Yahya Ali, 24, Adnan  Othman, 33 dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.

Jenazah anggota bomba itu kemudiannya akan dibawa ke kampung halaman masing-masing iaitu di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment