Sistem kod QR CIMB terima pelbagai e-dompet

Wednesday, October 3, 2018

Sistem kod QR CIMB terima pelbagai e-dompet

Sistem kod QR CIMB terima pelbagai e-dompet

CIMB Bank Bhd mengumumkan penerimaan pembayaran sistem kod respon pantas (kod QR) untuk enam dompet digital (e-dompet) utama diterminalnya.

Inovasi pertama di pasaran itu melibatkan enam e-dompet iaitu Alipay, Touch dan Go Digital, Boost, KiplePay, Mcash dan Vcash, dengan pangkalan pelanggan dianggarkan kira-kira 4.5 juta di Malaysia dan 520 juta pengguna berdaftar China.

CIMB Bank dalam kenyataannya berkata, kemudahan tersebut adalah alternatif kepada peniaga dan pelanggan yang tidak mahu bimbang tentang penerimaan kod QR untuk e-dompet berbeza.

Ketua Pegawai Eksekutif (Perbankan Pengguna) Kumpulan CIMB, Samir Gupta berkata, kerjasama dengan GHL Systems Bhd, sebuah syarikat pembayaran utama di Malaysia dan negara-negara Asean yang lain, untuk memperkenalkan terminal kod QR CIMB kepada peniaga dan pelanggan.

"Penerimaan pembayaran QR di terminal CIMB bukan hanya penuhi keperluan pelanggan dan peniaga, tetapi juga bantu membangunkan ekosistem pembayaran tanpa tunai dalam menyokong visi Bank Negara Malaysia," katanya.            
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment