Tiga maut, Saga bertembung Hilux

Saturday, October 6, 2018

Tiga maut, Saga bertembung Hilux

Tiga maut, Saga bertembung Hilux

ULU YAM - Tiga maut apabila kereta dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 45 Jalan Kuala Lumpur - Ipoh Batu 30 dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.55 pagi itu, pemandu lelaki kereta kereta jenis Saga BLM, Lai Wui Lun, 21, dan penumpang tempat duduk hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala seorang penumpang di tempat duduk belakang meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Selayang.

Anggota bomba ketika mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, terdapat dua lagi penumpang di dalam kereta terbabit mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital sama.

“Kereta tersebut dari arah Batang Kali ke Rawang dipercayai memasuki laluan bertentangan lalu bertembung Toyota Hilux namun pemandu pacuan empat roda itu tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku perlanggaran di bahagian hadapan.

“Pemandu Hilux berusia 46 tahun yang cedera dipercayai patah tangan kini dirawat di Hospital KPJ Rawang dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment