Maksiat tetap maksiat - Anwar

Saturday, October 6, 2018

Maksiat tetap maksiat - Anwar


Jelas Anwar, kenyataan Mujahid itu hanya merujuk kepada tindakan undang-undang dan tidak sama sekali bermaksud untuk menggalakkan perbuatan maksiat.

"Tengok konteks dan baca betul-betul. Beliau tak galakkan maksiat tetapi cuma kata tindakan undang-undang itu macam mana. Kita tidak galakkan, perkara yang maksiat tetap maksiat," katanya.

Anwar yang merupakan calon Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Bola Sepak Terbuka Tujuh Sebelah Piala YB Ravi di Padang Merdeka di sini hari ini.

Memetik laporan akhbar The Star, Mujahid yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, tiada lagi ketukan pintu oleh pihak berkuasa agama yang menyiasat laporan khalwat atau salah laku lain yang melibatkan orang Islam selepas ini.

Beliau dilaporkan berkata, apa yang dilakukan oleh orang Islam di belakang pintu dan secara tertutup bukanlah urusan pihak kerajaan.

Bagaimanapun, Mujahid semalam menganggap kenyataannya telah dimanipulasi oleh akhbar berbahasa Inggeris tersebut.

Jelasnya, beliau hanya menyebut tentang salah guna kuasa penguatkuasaan di ruang peribadi yang tidak mengikut kaedah atau cara Islam. - UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment