Tekad perangi ketum, isu sempadan di Perlis

Monday, October 1, 2018

Tekad perangi ketum, isu sempadan di Perlis

Tekad perangi ketum, isu sempadan di Perlis

KANGAR - Ketua Polis Perlis baharu SAC Noor Mushar Mohd bertekad membanteras habis-habisan isu ketum serta keselamatan di sempadan yang kedua-duanya merupakan masalah utama di negeri ini sejak sekian lama.

Beliau berkata kes ketum sebelum ini hanya bersifat ‘jenayah domestik’, namun kini ia semakin serius apabila berlaku penyeludupan melibatkan negara jiran.

“Di Perlis, tiada masalah sangat ketara timbul (jenayah lain), namun saya dan pasukan akan terus bekerja keras memerangi sebarang jenayah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Perlis di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan memperkemas kerjasama dengan anggota Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi menangani isu berkaitan kawalan sempadan secara bersama.

Pada majlis itu Noor Mushar, 58, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Polis negeri, mengambil alih tugas Datuk Azisman Alias yang bertukar dan dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.

Noor Mushar yang berkhidmat dalam PDRM selama 37 tahun, sebelum ini pernah memegang jawatan Ketua Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur.- Bernama.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment