Calon PT3 maut terjatuh pangsapuri

Monday, October 1, 2018

Calon PT3 maut terjatuh pangsapuri

Calon PT3 maut terjatuh pangsapuri

GEORGETOWN - Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Lebuh Sungai Pinang 1, di sini, pagi tadi.

Mangsa berusia 15 tahun itu ditemui di tepi kolam pangsapuri tersebut oleh pekerja pembersihan di kawasan kediaman terbabit kira-kira jam 8.45 pagi.

Dipercayai, mangsa sepatutnya menduduki ujian Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula hari ini.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes tersebut daripada polis.

AKAN MENYUSUL



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment