âSAYA sedih tapi bangga kerana dia pergi ketika bertugas,â kata Othman Surati, 69, bapa kepada anggota bomba yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong di Puchong, Selangor, malam tadi.
Othman berkata, dia menerima hakikat anak kedua dari tiga beradik itu, Adnan Othman, 33 yang terkorban ketika menjalankan tugasnya sebagai anggota bomba.
Menurut Othman, pertemuan kali terakhir mereka ialah pada pada 29 September lalu ketika arwah bersama isteri dan cucunya pulang ke kampung.
âAdnan dan keluarga pulang ke kampung untuk menyambut ulang tahun perkahwinan saya dan ibunya.
âSebenarnya dia baru menyambut hari lahirnya yang ke-33 pada 27 September lalu sebab itu ketika pulang dia beriya-iya bertanyakan mana kek ulang tahun perkahwinan kami,â katanya ketika di temui di kediamannya di Taman Jaya Lukut di Port Dickson, hari ini.
Katanya, arwah meninggalkan isteri, Norshamiza Salleh, 32, dan dua anak perempuan berusia dua dan lima tahun.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raja Jumaat, Lukut sebaik tiba dari Shah Alam tengah hari ini.
Lagi berita berkaitan Tragedi 6 Bomba Lemas
sumber: hmetro
0 comments:
Post a Comment