Ipoh bergegar selepas bunyi letupan

Wednesday, October 3, 2018

Ipoh bergegar selepas bunyi letupan

Ipoh bergegar selepas bunyi letupan

IPOH - Penduduk Ipoh gempar apabila mendengar bunyi letupan kuat sehingga berlaku gegaran selama beberapa saat, sebentar tadi.

Penduduk, Norsadrina Ismail, 28, terkejut apabila terdengar bunyi kuat ketika keluar dari pejabatnya di Taman Canning kira-kira jam 11.30 pagi itu.

“Saya ingatkan berlaku kemalangan tetapi ia melibatkan gegaran selama beberapa saat. Bunyi letupan itu sangat jelas.

“Rakan-rakan saya pun beritahu perkara yang sama. Pelik juga sebab tidak pernah dengar bunyi begitu kuat itu,” katanya.

Sementara itu, Nadia Jumri, 32, berkata, dia berasa pening apabila letupan kuat itu disusuli dengan rasa gegaran.

“Komputer yang saya guna turut bergegar. Walaupun sekejap, ia menyebabkan saya berasa pening.

“Saya ingatkan pejabat di bahagian atas membuat kerja-kerja pemindahan dan menyebabkan bunyi kuat itu. Tapi pengasuh anak yang terletak 5km dari pejabat pun beritahu perkara yang sama. Saya percaya ia disebabkan perkara lain,” katanya.

Bagaimanapun Sinar Harian sedang mendapatkan maklumat lanjut tentang kejadian itu.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment