Proton bawa pelaburan awal RM170 juta

Wednesday, October 10, 2018

Proton bawa pelaburan awal RM170 juta

Proton bawa pelaburan awal RM170 juta

TANJUNG MALIM - Proton Holdings Berhad optimis membawa masuk pelaburan awal berjumlah RM170 juta menerusi kerjasama syarikat pembekal di negara ini dengan rakan kongsi luar negara.

Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, ketika ini 14 syarikat pembekal tempatan dan luar negara telah menandatangani perjanjian yang meliputi skop usaha sama hinggalah bantuan teknikal.

Menurutnya,  syarikat-syarikat ini merupakan kumpulan pertama menandatangani perjanjian dalam mewujudkan pembekal yang mampu memenuhi standard teknologi dan kualiti diperlukan dalam pengeluaran tempatan kenderaan utiliti sukan (SUV).

"Nilai pelaburan ini dijangka meningkat dalam tempoh beberapa tahun selari dengan peningkatan jumlah pengeluaran Proton.

"Perjanjian ini juga merupakan komitmen Proton untuk mempertingkatkan jualan tempatan dan pasaran eksport dengan transformasi Tanjung Malim sebagai hab pengeluaran model kumpulan Geely," katanya.

Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan Exco Kerajaan Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong.

Mengulas lanjut, Syed Faisal berkata, sebanyak RM1.2 bilion dilaburkan Proton sebagai inisiatif perluasan kilang bagi memenuhi keperluan pengeluaran semua model baharu Proton di Tanjung Malim.

Katanya, ia selaras dengan perjanjian perkongsian strategik yang ditandatangani bersama Geely, tahun lalu untuk membangunkan semula jenama Proton dan memperluaskannya ke peringkat antarabangsa terutama pasaran Asean.

"Penglibatan pembekal tempatan adalah kompenan utama untuk mencapai matlamat jangka masa panjang syarikat iaitu menggunakan kompenan buatan Malaysia untuk pasaran domestik dan model eksport," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment