Bapa dua anak bebas tuduhan guna wang palsu

Wednesday, October 10, 2018

Bapa dua anak bebas tuduhan guna wang palsu

Bapa dua anak bebas tuduhan guna wang palsu

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa kepada dua anak dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini tanpa dipanggil membela diri atas tuduhan menggunakan wang palsu, tiga tahun lalu.

Keputusan dibuat Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie ke atas Wong Yih Hoe, 30.

Terdahulu, Yih Hoe dari Johor Bharu didakwa menggunakan mata wang kertas palsu RM100 sebanyak lima keping di kedai Jasa Quad Computer, Jalan Pejabat, di sini, jam 3.30 petang pada 28 September 2015.

Dengan itu, dia yang bekerja di sebuah syarikat pemasaran di Johor Bharu di dakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 489 (B) Kanun Keseksaan kerana menggunakan wang palsu.

Bagi kesalahan itu, dia yang semasa kejadian sedang bercuti bersama keluarga di negeri ini berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud manakala lelaki itu diwakili peguam bela, Che Amir dan Mohd Hayyatuddin Muhamad.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment