Pintu gerbang daripada botol kitar semula

Friday, October 5, 2018

Pintu gerbang daripada botol kitar semula

Pintu gerbang daripada botol kitar semula

KULIM - Hanya menggunakan lebih 2,000 botol kitar semula, pintu gerbang bertemakan Kampung Tradisional berjaya menarik perhatian juri pada Pertandingan Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri 2018.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Selama, Rabiaton Adawiyah Othman berkata, hampir 400 warga sekolah termasuk guru dan murid bersama mengumpul botol kitar semula yang mengambil masa selama satu bulan.

Menurutnya, walaupun menghadapi pelbagai kesukaran namun kerjasama seluruh warga sekolah itu berjaya menyiapkan pintu gerbang berkenaan.

“Terima kasih kepada semua warga sekolah kerana bersama dan bertungkus-lumus memastikan bahan binaan pintu gerbang ini mencukupi.

“Kita berharap dengan kejayaan ini, semua warga sekolah terutamanya murid di kawasan kampung ini dapat terus menyemarakkan semangat patriotik dalam diri,” katanya.

Katanya, dengan kejayaan itu SK Selama juga berjaya menjadi johan di peringkat negeri dan kini bertanding merebut gelaran juara di peringkat kebangsaan.

“Kita harap sekolah ini akan terus lakar kejayaan yang boleh mengharumkan nama sekolah dan membuktikan kita juga boleh berjaya walaupun berada di kawasan kampung,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment