Pengguna nikmati pengurangan harga jalur lebar talian tetap

Saturday, October 6, 2018

Pengguna nikmati pengurangan harga jalur lebar talian tetap

Pengguna nikmati pengurangan harga jalur lebar talian tetap

PUTRAJAYA - Pengguna akan menikmati harga jalur lebar talian tetap lebih rendah kini iaitu pengurangan hingga 56 peratus apabila empat syarikat telekomunikasi mengumumkan pakej-pakej jalur lebar talian tetap yang baharu hari ini, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini.

Menurut SKMM, pengumuman keempat-empat syarikat telekomunikasi iaitu Telekom Malaysia (TM), Maxis, TIME dotcom (TIME) dan   Celcom adalah ekoran saranan Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo supaya menawarkan jalur lebar talian tetap  pada harga yang lebih berpatutuan kepada rakyat lanjutan daripada pelaksanaan  Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP).

"Kesemua syarikat telekomunikasi kini menawarkan pakej permulaan di bawah RM100 beserta pakej-pakej yang menawarkan  kelajuan yang lebih tinggi pada harga yang lebih rendah," kata kenyataan itu lagi.

Jelas SKMM, pakej permulaan TM bagi 30 Megabits sesaat  (Mbps) sebelum MSAP pada kadar RM139 kini berharga RM79, sementara  pakej permulaan Celcom 40 Mbps selepas MSAP berkurangan kepada RM80 daripada RM180, pakej  permulaan Maxis 30 Mbps sebelum  MSAP pada kadar RM139 kini menjadi RM89 dan  pakej permulaan TIME 100 Mbps pada harga RM149 sebelum MSAP kini  RM99.      

Katanya, pakej TIME  pada kelajuan 500 Mbps kini berharga RM139 sementara pakej TIME dengan kelajuan 1  gigabit sesaat (Gbps)  kini berhargaRM199.

Tambah SKMM, pelaksanaan MSAP dan penurunan harga ekoran pelaksanaan tersebut adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan jalur lebar yang berkualiti tinggi dan bertaraf dunia pada harga yang berpatutan.

"SKMM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk terus meningkatkan kualiti jalur lebar di Malaysia," katanya lagi. รข€" Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment