Pemilihan Cabang Gua Musang kecoh, kertas undi dikoyak

Thursday, October 4, 2018

Pemilihan Cabang Gua Musang kecoh, kertas undi dikoyak

Pemilihan Cabang Gua Musang kecoh, kertas undi dikoyak

GUA MUSANG - Pemilihan PKR Cabang Gua Musang sedikit kecoh apabila pengundi mula meninggalkan dewan tanpa membuang undi kerana berlaku kesesakan.

Ada di antara pengundi bertindak mengoyakkan kertas undi masing-masing kerana tidak dapat masuk memandangkan mereka mula tiba di Dewan Semai Bakti Chiku 5, sejak jam 9 pagi.

Dalam satu-satu masa, hanya 20 pengundi sahaja yang dibenarkan masuk sehingga pagar dewan terpaksa ditutup.

Keadaan itu menyebabkan pengundi terpaksa berpanas di jalan utama kerana perlu melalui prosedur yang ditetapkan.

Seramai 6,697 ahli layak mengundi bagi Cabang Gua Musang sekali gus menjadikan kawasan itu mempunyai jumlah ahli paling ramai di Kelantan.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment