Abdul Azeez, abang dibebas dengan jaminan RM500,000 juta seorang

Thursday, October 4, 2018

Abdul Azeez, abang dibebas dengan jaminan RM500,000 juta seorang


Perintah tamat reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Afiq Hasan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM500,000 setiap seorang dengan dua penjamin.

Menurut sumber, siasatan membabitkan Abdul Azeez belum selesai dan SPRM akan memanggil lagi bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji bersama abangnya itu untuk melengkapkan siasatan.

Pada 26 September lalu, Abdul Azeez dan Abdul Latif direman selama lima hari dan selepas itu, Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan tempoh reman dilanjutkan lagi selama enam hari dan berakhir hari ini.

Abdul Azeez dan abangnya hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada pukul 9.30 pagi untuk prosiding reman, ketibaannya disambut hampir 100 penyokong yang menunggu sejak pukul 8 pagi.

Abdul Azeez dan abangnya itu disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek melibatkan Tabung Haji.-UTUSAN ONLINE



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment