Northport nafi aktif siren amaran banjir

Tuesday, October 9, 2018

Northport nafi aktif siren amaran banjir

Northport nafi aktif siren amaran banjir

FAKTA

KLANG - Northport (Malaysia) Bhd memaklumkan tidak pernah mengaktifkan siren amaran banjir seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Jabatan Komunikasi Korporat Northport (Malaysia) Bhd menerusi satu kenyataan berkata, mesej yang tular itu bukan dikeluarkan pihaknya.

"Kami ingin merujuk kepada mesej yang tular di platform media sosial berkaitan dengan siren amaran banjir yang dibuat oleh Northport.

"Kami ingin maklumkan bahawa pihak kami tidak pernah mengaktifkan siren amaran banjir seperti yang dinyatakan di dalam mesej tersebut," katanya.

Bagaimanapun, katanya pihaknya akan sentiasa memantau keadaan semasa di pelabuhan.

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan memaklumkan kepada pihak-pihak yang berkaitan sekiranya air laut di Northport berada pada paras yang merbahaya.

AUTA

Makluman berita terkini ...sekarang di Northport siren amaran banjir telah aktif menunjukkan paras air terlalu tinggi yang memungkinkan banjir akan berlaku di sekitar persisiran...harap kita dapat bersedia ..mohon maklumkan pada mereka yang tinggal di kawasan rendah persiapkan apa yg perlu.

 

 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment