Nikki Haley letak jawatan Duta AS ke PBB

Tuesday, October 9, 2018

Nikki Haley letak jawatan Duta AS ke PBB


Menurut laman sesawang berita Axios, Presiden Donald Trump telah menerima peletakan jawatan wanita tersebut.

Haley yang sebelum ini ditanya tentang desas-desus itu semasa mengunjungi White House hari ini enggan mengesahkan kepada Reuters perkara tersebut.

Jurucakap White House, Sarah Sanders berkata, Trump dan Haley dijadual bertemu di Pejabat Oval pada pukul 10.30 pagi ini.

Menurut Axios, Haley telah berbincang tentang peletakan jawatan itu dengan Trump pada minggu lalu semasa mengunjungi White House.

Pengumuman tersebut menggemparkan pegawai-pegawai kanan dasar luar pentadbiran Trump. - Reuters



sumber: utusan

0 comments:

Post a Comment