Lima maut terbakar dalam nahas treler-kereta dekat Terowong Menora

Saturday, October 6, 2018

Lima maut terbakar dalam nahas treler-kereta dekat Terowong Menora


KUALA KANGSAR: Polis mengesahkan lima individu terkorban setelah terbakar dalam satu kemalangan treler dengan kereta di Kilometer 255.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara selepas Terowong Menora, di sini, kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, identiti kesemua mangsa belum dikenal pasti.

Siasatan awal polis mendapati treler yang membawa muatan bijih besi dari arah selatan dipercayai hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan.
Treler berkenaan dikatakan telah menghimpit dan menggesel beberapa buah kenderaan lain sebelum mengheret kereta mangsa di lorong kanan.

Kereta mangsa yang terhimpit pada pembahagi jalan di sebelah kanan badan treler itu kemudian terbakar.

Akibat kemalangan, kesemua mangsa tersepit di dalam kereta.

Pemandu treler berusia 41 tahun yang beralamat di Alor Setar, Kedah, tidak mengalami kecederaan.




sumber: astroawani

0 comments:

Post a Comment