Jangan ingat hanya Umno, Pas boleh uruskan Terengganu

Monday, October 1, 2018

Jangan ingat hanya Umno, Pas boleh uruskan Terengganu

Jangan ingat hanya Umno, Pas boleh uruskan Terengganu

KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berikrar untuk memberi tumpuan di Terengganu dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Katanya, ia bagi memastikan PKR bangkit dan muncul sebagai parti yang berwibawa dalam kerajaan negeri.

"Terengganu majoritinya orang Melayu dan Islam. Jangan ingat mereka hanya boleh diuruskan oleh Umno dan Pas.

"Kita pun jaga hak dan kepentingan orang Melayu dan Islam dan dalam masa sama berlaku adil kepada bangsa lain," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Pidato Malaysia Baru sempena siri jelajah menjelang pemilihan parti, di sini, malam tadi.

Turut hadir, calon Naib Presiden PKR,  Zuraida Kamaruddin, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mohd Akin serta calon Timbalan Ketua Wanita, Dr. Daroyah Alwi.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin berkata, budaya 'mencium tangan', membodek dan mendewa-dewakan pemimpin semakin menular dalam PKR.

Katanya, sikap itu menyebabkan wujudnya  kelompok yang taksub dan tidak berpegang teguh kepada idealisme perjuangan.

"Budaya tidak sihat ini tidak boleh wujud dan diterapkan dalam kalangan anggota parti.

"Saya mahu anggota parti setia kepada perjuangan dan jangan taksub kepada pemimpin kerana budaya ini tidak sihat.

"Apabila kita berpegang kepada idealisme perjuangan, kita tak akan goyah dan lari daripada prinsip dan landasan perjuangan," katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment