Bunuh diri selepas sebulan kerja

Monday, October 1, 2018

Bunuh diri selepas sebulan kerja



BARU sebulan bekerja, warga Indonesia ditemui mati dengan keadaan tergantung di kuarters pekerja kilang sagu di Hulu Medong, Dalat, Mukah, semalam.

Difahamkan, pekerja terbabit berkelakuan pelik sejak beberapa hari lalu, termasuk bersikap pendiam dan memencilkan diri sebelum ditemui mati 9.35 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, hasil siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Berdasarkan keterangan majikan dan beberapa rakan sekerjanya, mangsa lelaki berusia 25 tahun dan berasal dari Kalimantan Barat, Indonesia mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

“Mungkin pekerja terbabit tertekan kerana berjauhan dari keluarganya. Bagaimanapun, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Dalat dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus dimaklumkan mengenai penemuan mayat pekerja berkenaan.

“Mayat pekerja terbabit ditemui rakan sekerjanya yang bergegas memeriksa bilik penginapannya apabila dia tidak datang bekerja,” katanya.

Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Mukah untuk proses bedah siasat.



sumber: hmetro

0 comments:

Post a Comment