Gempa Palu: Kampung ditelan bumi

Monday, October 1, 2018

Gempa Palu: Kampung ditelan bumi

Gempa Palu: Kampung ditelan bumi

JAKARTA - INDONESIA. Gempa kuat di Palu, Sulawesi Tengah dilaporkan 'menelan' sebuah perkampungan.

"Kampung Petobo ketika kejadian gempa itu telah ditelan bumi. Kebetulan, ada yang sudah berpindah ke arah Parigi," kata jurucakap tentera di Parigi Moutong (Parimo), Kapten Cpl Mapeda ketika ditemui hari ini.

Jelasnya, sebahagian penduduk yang selamat telah berpindah ke beberapa wilayah lain termasuk Parimo dan berlindung di daerah lebih tinggi termasuk kawasan pergunungan.

Menurut penduduk terbabit, perkampungan tersebut 'hilang' dan ia dilihat sebagai satu permukiman paling teruk terjejas akibat gempa terbabit.

"Ada rumah tenggelam sehingga 8 meter (m) dan ada yang 5 m. Ia seperti ditelan bumi," ujarnya lagi.

Berdasarkan maklumat diterima, Petobo termasuk sebagai wilayah yang masih belum menerima bantuan dan pemindahan penduduk juga tidak giat dilakukan seperti di Palu. - Detik.com



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment