Fitnah Islamofobia masih hantui rakyat

Saturday, October 6, 2018

Fitnah Islamofobia masih hantui rakyat

Fitnah Islamofobia masih hantui rakyat

KUALA TERENGGANU â€" Fitnah Islamofobia yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan golongan bukan Islam di negeri ini belum sepenuhnya boleh menerima dasar Islam yang diperjuangkan Pas.

Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam (HEBI) Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan berkata, anasir itu masih menghantui sebahagian daripada mereka menyebabkan timbul tanggapan salah terhadap dasar sebenar Pas.

“Ia adalah antara cabaran yang perlu digalas selain meyakinkan non Muslim bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dalam membina masyarakat berteraskan pembangunan insan yang berakhlak tinggi.

“Kita akan tangkis tohmahan itu dengan pendekatan kasih dan sayang. Apa yang penting, masyarakat non Muslim sendiri harus keluar dari belenggu perkauman,” katanya ketika diminta mengulas mengenai tanggungjawab yang dipikul selaku Pegawai Khas HEBI.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Terengganu berkata, tumpuan utama ialah memperincikan budaya dan hal berkaitan bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Daripada maklumat yang disalurkan ia dapat membantu menteri besar menyelesaikan masalah dihadapi golongan bukan Islam di negeri ini sekali gus menepis fitnah bahawa kerajaan Pas Terengganu tidak menjaga kepentingan bukan Islam,” katanya.

Dalam pada itu, Balachandran berkata, beliau berharap tanggungjawab yang diberikan itu dapat membuka fikiran bukan Islam di negeri ini seterusnya dapat mengkaji dasar kerajaan secara bebas tanpa di pengaruhi mana-mana pihak.

“Sebagai non Muslim, kita perlu sentiasa menghormati hak majoriti orang Islam agar mereka juga prihatin dan menghormati hak kita.

“Kerjasama juga harus diberikan dalam menangani gejala-gejala tidak baik di negeri supaya negeri ini terus maju, berkat dan sejahtera serta mampu menjadi negeri contoh dalam merentasi tembok perkauman,” katanya.



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment