Buku kecil 'peneman setia' Tun M

Monday, October 1, 2018

Buku kecil 'peneman setia' Tun M

Buku kecil 'peneman setia' Tun M

LONDON - Tun Dr Mahathir Mohamad akan sentiasa membawa buku catatan kecil mana-mana jua dan mencatatkan nota dengan segera tentang tindakan yang perlu dilakukan ahli Kabinet.

"Saya catat masa itu juga. Jangan tunggu lama-lama, nanti lupa. Tulis apa yang boleh kita ambil tindakan," katanya kepada media Malaysia sebelum mengakhiri lawatan kerja siri kedua ke United Kingdom, semalam.

Dalam pertemuan dengan media Malaysia itu, beliau turut mengeluarkan buku nota kecil itu tetapi tidak membenarkan membaca apa yang tertulis di dalamnya.

"Depan pun bubuh (tulis), belakang pun bubuh," katanya sambil menyelak buku kecil berkenaan.

Beliau turut mempunyai catatan dalam buku kecil berkenaan ketika berada di London.

Dr Mahathir berkata beliau akan membacakan catatan dalam buku berkenaan pada mesyuarat Kabinet, yang dipengerusikannya.

"Saya lihat apa yang perlu dilakukan, saya tulis nota di sini (buku). Bila mesyuarat Kabinet, saya sebutlah benda ini.

"Sebagai perdana menteri, saya bertanggungjawab secara keseluruhan, yang jalan tugas menteri-menteri. Saya kena beritahu menteri kalau ada sesuatu yang perlu diketahui menteri itu, supaya dia ambil tindakan,"katanya. - Bernama



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment