Bersatu N9 turun kempen untuk Anwar

Saturday, October 6, 2018

Bersatu N9 turun kempen untuk Anwar

Bersatu N9 turun kempen untuk Anwar

PORT DICKSON - Bersatu Negeri Sembilan menafikan tidak akan turun berkempen untuk calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PRK Port Dickson.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya, berkata, sebaliknya Bersatu negeri telah menggerakkan jenteranya dari Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Johor untuk memastikan kemenangan Anwar.

Menurutnya, pihaknya telah berbincang dan menyusun program bersama Tun Dr Mahathir Mohamad, Isnin ini dalam ceramah bersama pimpinan PH lain selain program kempen bersama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Rina Mohd Harun.

"Kita akan libatkan semua jentera parti untuk sama-sama turun beri sokongan padu mendekati rakyat bagi memastikan kemenangan calon pada PRK kali ini.

"Bersatu negeri nafi kononnya tidak mahu turun sebelum Dr Mahathir umum akan turun. Kita bekerja seperti biasa," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Bersatu, di Kampung Paya, di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, pihaknya akan memfokuskan Dun Bagan Pinang sebagai kubu di bawah pemantauan PKR Selangor.

[ARTIKEL BERKAITAN : Tun M hadir kempen bukti keteguhan pimpinan PH]

Jelasnya, ini kerana di sini adalah majoriti pengundi Melayu dan Dun sini pada PRU sebelum ini adalah ditandingi Bersatu.

"Kita mahu peratusan undi meningkat dan sasar hingga 70 peratus pengundi keluar.

"Strategi kita pergi rumah ke rumah. Kita juga memastikan peraih undi untuk memastikan bertugas sepenuhnya pada hari undi agar semua pengundi keluar mengundi. Kita berusaha ke arah itu," katanya.
 



sumber: sinarharian

0 comments:

Post a Comment